Tiga suspek dera kanak-kanak hingga mati didakwa pada Khamis

Sinar Harian
Januari 4, 2023 10:54 MYT
Jenazah kanak-kanak lelaki 4 tahun dipercayai didera dibawa keluar oleh datuk saudaranya Ruslan Ahmad (kiri), dari bilik Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail untuk dikebumikan di tanah Perkuburan Sungai Gatom pada 28 Dis. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Tiga suspek termasuk kakak kandung kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut dipercayai didera di Senggarang akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Khamis.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis sudah mendapat arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa ketiga-tiga suspek berkenaan.
"Tiga suspek termasuk kakak kandung kanak-kanak empat tahun yang didera sehingga maut di Senggarang, Batu Pahat, pada minggu lalu, akan dituduh esok.
"Manakala dua lagi suspek akan menjadi saksi pendakwaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, di sini, pada Rabu.
Sabtu lalu, Mahkamah Majistret Batu Pahat dilaporkan, melanjutkan tempoh perintah reman lima suspek kes dera kanak-kanak empat tahun di Senggarang, bermula Ahad sehingga Sabtu ini.
Semua suspek yang direman itu berusia antara 15 hingga 37 tahun.
Pada 26 Disember lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), selepas pengsan di sebuah rumah di Senggaran
#kanak-kanak didera sampat maut #Mahkamah Majistret Batu Pahat #Hospital Sultan Ismail #tahan reman lima suspek