Tiga sungai utama Kelantan pada paras berjaga-jaga - JPS

Bernama
November 21, 2024 14:50 MYT
Tiga sungai utama di Kelantan dicatatkan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat 1 tengah hari ini. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Tiga sungai utama di Kelantan dicatatkan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat 1 tengah hari ini.

Ringkasan AI
  • Tiga sungai utama di Kelantan melebihi paras berjaga-jaga: Sungai Kelantan di Kampung Sokor, Sungai Golok di Rantau Panjang, dan Sungai Semerak di Pasir Puteh.
  • Sungai Kelantan di Kampung Sokor mencatatkan ketinggian 18.43 meter, melebihi paras berjaga-jaga 18.0 meter.
  • Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan ketinggian 7.38 meter, melebihi paras berjaga-jaga 7.00 meter, manakala Sungai Semerak di Pasir Puteh susut kepada paras berjaga-jaga 2.02 meter.

Berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga sungai berkenaan adalah Sungai Kelantan di Kampung Sokor, Tanah Merah dengan ketinggian 18.43 meter berbanding paras berjaga-jaga 18.0 meter.
Sungai Golok di Rantau Panjang juga melebihi paras berjaga-jaga (7.00 meter) iaitu 7.38 meter.
Sementara itu Sungai Semerak di Pasir Puteh yang dicatatkan pada aras amaran pagi tadi susut kepada paras berjaga-jaga iaitu dengan ketinggian 2.02 meter.
Selain itu, semua sungai lain direkodkan berada pada paras normal.
-- BERNAMA
#Sungai Kelantan #paras berjaga-jaga #Sungai Golok #Sungai Semerak
;