Tiga sekolah rendah di Miri ditutup

Bernama
Ogos 3, 2018 11:00 MYT
Berdasarkan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi setakat 9.30 pagi, hujan diramalkan di satu atau dua tempat di Sarawak pada sebelah pagi. - Astro AWANI
Seramai 195 murid dari tiga sekolah rendah di Subis, Miri tidak dapat meneruskan sesi persekolahan akibat banjir hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Beliau Ahad, SK Kampung Bulau dan SK Rumah Essau tidak dapat beroperasi hari ini kerana paras air di kesemua sekolah itu naik hingga 0.3 meter.
"SK Sungai Genaan di Sebauh, Bintulu yang mempunyai seramai 26 murid turut terjejas akibat banjir, namun masih beroperasi," katanya dalam kenyataan pagi ini.
JPBNS berkata berdasarkan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi setakat 9.30 pagi, hujan diramalkan di satu atau dua tempat di Sarawak pada sebelah pagi.
"Ribut petir dijangka akan berlaku di satu atau dua tempat di pedalaman pada sebelah petang manakala pada sebelah malam hujan di satu atau dua tempat di pedalaman," katanya lagi.
-- BERNAMA
#cuaca #hujan #Jabatan Meteorologi #Miri #ramalan #ribut #sekolah
;