Tiga sebab mengapa seseorang Raja tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong

Astro Awani
Januari 7, 2019 11:14 MYT
MAJLIS Raja-Raja perlu memilih seorang daripada sembilan kalangan Raja-Raja untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi mengantikan kekosongan yang ditinggalkan Sultan Muhammad V.
MAJLIS Raja-Raja perlu memilih seorang daripada sembilan kalangan Raja-Raja untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi mengantikan kekosongan yang ditinggalkan Sultan Muhammad V.
Bagaimanapun, Perlembagaan Persekutan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali tiga sebab berikut;
1. Raja itu belum dewasa;
2. Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa Baginda tidak berhasrat dipilih; atau
3. Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima orang Raja.
BACA: 'Sila duduk, jangan lari' kenangan rakyat dengan Sultan Muhammad
BACA: 'Bagindalah yang beri pengampunan kepada suami saya' - TPM Wan Azizah
#Kelantan #Perlembagaan #Sultan Kelantan #Sultan Muhammad V #TPM #Wan Azizah #Yang di-Pertuan Agong
;