Tiga remaja didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun di Jempol

Bernama
Februari 22, 2023 21:21 MYT
Tiga remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, bulan lepas. - Foto Sinar Harian
JEMPOL: Tiga remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, bulan lepas.
Remaja berusia 14 dan 17 tahun didakwa secara berkumpulan merogol mangsa di sebuah hotel di Bahau pada 11.30 malam 28 Jan lepas mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan manakala remaja berusia 16 tahun didakwa merogol kanak-kanak itu di antara 3 pagi hingga 1 tengah hari 29 Jan lepas di hotel sama mengikut Seksyen Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan (Akta 574).
Remaja berumur 14 tahun dan 17 tahun itu masing-masing diwakili peguam Datuk P. M Nagarajan dan Datuk Abu Bakar Isa Ramat manakala remaja berusia 16 tahun tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Baharudin Bah Bam di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
-- BERNAMA
#tiga remaja didakwa #rogol kanak-kanak 12 tahun #Mahkamah Majistret Bahau #kanak-kanak perempuan
;