Tiga punca isu kekurangan guru masih belum selesai - Pensyarah UKM
Israr Khalid
Januari 31, 2023 08:20 MYT
Januari 31, 2023 08:20 MYT
KUALA LUMPUR: Sejak berdekad, negara berdepan dengan masalah kekurangan guru yang sehingga hari ini masih belum dapat diselesaikan.
Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad, ketika ini negara mempunyai kira-kira 430,000 orang guru yang memberi perkhidmatan pendidikan kepada hampir 4.9 juta murid.
“Sebenarnya, kita adalah antara negara terbaik, malah berbanding negara-negara maju, dalam angka ini. Kalau ikut nisbah, seorang guru untuk 12 orang murid.
“Untuk dibandingkan, Australia nisbahnya 1:18, Singapura 1:14, United Kingdom pula 1:18 dan Amerika Syarikat 1:21. Kita cuma 1:12,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Namun, soal beliau, mengapa negara masih berdepan masalah kekurangan guru dan saban tahun isunya makin membimbangkan?
Beliau yang merupakan pensyarah di Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM menerangkan, ini sebabnya:
- Kita punyai terlalu banyak mata pelajaran. Walaupun bilangan guru sebenarnya cukup untuk murid, tetapi ia tidak cukup untuk merangkumi segala mata pelajaran yang dimuatkan dalam silibus pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah - lebih banyak dibandingkan dengan negara-negara maju dunia.
Anuar berkata, sekiranya ketiga-tiga perkara yang dikenal pasti ini tidak ditangani dari akar permasalahannya, sistem pendidikan Malaysia akan terus terganggu dan akhirnya memberi kesan kepada kualiti generasi penggerak masa depan negara yang dihasilkan.