Tiga PPS dibuka di tanah Merah akibat banjir

Bernama
Februari 25, 2025 23:44 MYT
JPS merekodkan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melepasi paras bahaya, iaitu 10.08 meter (m) manakala Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah berada pada paras amaran dengan 22.97 m. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat pukul 10 malam ini.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kulim dengan menempatkan 38 orang daripada 12 keluarga; Balai Raya Padang Kijang (lapan orang, dua keluarga) dan SK Gual Jedok (16 orang, tiga keluarga).
Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, JPS merekodkan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melepasi paras bahaya, iaitu 10.08 meter (m) manakala Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah berada pada paras amaran dengan 22.97 m.
-- BERNAMA
#Jabatan Kebajikan Masyarakat #PPS #Sungai Golok #paras amaran
;