Tiga perkara dipelajari daripada WEF 2022, menurut Menteri Kewangan

Israr Khalid
Mei 27, 2022 23:37 MYT
Tengku Zafrul dijemput menjadi ahli panel dalam empat sesi sepanjang WEF 2022 berlangsung.
DAVOS: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menggariskan tiga amalan terbaik yang dapat dirumuskan sepanjang penglibatannya dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022.
Pertama, menurut beiau, kita perlu bekerjasama di peringkat global.
Kata Tengku Zafrul, kita tidak boleh menggunakan krisis dunia yang belaku hari ini (pandemik perang di Ukraine dan lain-lain) sebagai alasan untuk berpaling dari globalisasi dan bertindak bersendirian.
Kedua, kepimpinan harus bijak dalam membuat keputusan.
Beliau menekankan bahawa ada kalanya dasar-dasar yang dilaksanakan banyak yang berbentuk penyelesaian jangka masa pendek tanpa memikirkan impak jangka panjangnya.
“Kita tahulah dasar yang populis itu banyaknya bersifat jangka masa pendek, jadi di sini kepimpinan itu penting kerana kerajaan di seluruh dunia harus memikirkan nasib rakyatnya dalam jangka masa panjang.
“Pada masa sama, dasar-dasar jangka masa pendek yang dilaksanakan itu harus memikirkan impaknya dalam jangka masa panjang,” ujarnya.
Akhir sekali, katanya Malaysia harus mempunyai pendirian yang berlainan kerana cabaran setiap negara adalah berbeza antara satu dengan yang lain.
Jelasnya walaupun semua negara perlu bekerjasama mendepani krisis, namun jalan penyelesaiannya tiada yang ‘satu saiz untuk semua’.
Tonton temu bual penuh Tengku Zafrul bersama hos Ashwad Ismail dalam program Agenda AWANI khas sempena WEF 2022, di sini:
Tiga perkara dipelajari daripada WEF 2022, menurut Menteri Kewangan
Agenda AWANI: WEF 2022: Impak isu global, cabaran pengurusan risiko
#Agenda Awani #Forum Ekonomi Dunia #WEF #tiga amalan terbaik #Menteri Kewangan
;