Tiga penuntut Malaysia cedera dalam insiden rompakan di Afrika Selatan
Tiga penuntut warganegara Malaysia di University of Newcastle cedera dalam satu insiden rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada malam Jumaat.
Astro Awani
Sat Jan 04 2020
Seorang daripada mangsa ditembak di bahagian kaki, manakala dua lagi ditikam dalam insiden berkenaan.
Tiga penuntut warganegara Malaysia di University of Newcastle cedera dalam satu insiden rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada Jumaat malam.
Kementerian Luar Negeri memaklumkan seorang daripada mangsa ditembak di bahagian kaki, manakala dua lagi ditikam dalam insiden berkenaan.
"Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," kata kenyataan itu.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini kesemua mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.