Tiga penunggang terjunam dalam parit, seorang maut

Shuhada Abdul Kadir
Januari 4, 2024 10:15 MYT
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang terbabas ke dalam parit di Jalan Bukit Katil, Ayer Keroh, Melaka, pagi tadi. - Gambar ihsan JBPM
AYER KEROH: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang terbabas ke dalam parit di Jalan Bukit Katil, di sini, pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, PBK II Riduan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.49 pagi sebelum sepasukan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Apabila tiba di lokasi kita dapati terdapat tiga penunggang motosikal telah terbabas ke dalam parit yang sedang dalam proses pembinaan.
“Salah seorang mangsa kemudian disahkan meninggal dunia manakala dua lagi individu mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pasukan bomba telah melakukan operasi mengeluarkan mangsa dari dalam parit berkenaan.
Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
#kemalangan #terjunam dalam parit #tiga penunggang motosikal #Jalan Bukit Katil
;