KOTA KINABALU: Tiga pemain kebangsaan yang menganggotai skuad Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) baru-baru ini iaitu Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan dan Rizal Ghazali dijadual melapor diri bersama Sabah FC pada 10 Jan ini, kata Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee.
Tiga pemain itu akan menyertai sesi latihan pemain Sabah FC yang telah memulakan sesi pertama mereka dengan seramai 20 pemain di Padang Sintetik, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini petang semalam.
"Hari ini merupakan sesi pertama, kita ada tiga fasa untuk bersiap sedia menghadapi latihan pramusim. Apa yang penting kini adalah persiapan rapi untuk kita menghadapi Liga Malaysia musim hadapan.
"Kita yakin dengan kehadiran tiga pemain itu nanti akan memperkukuh kekuatan Sabah FC," katanya dalam kenyataan hari ini.
Skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe gagal melangkah ke peringkat kalah mati selepas menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan ketiga di belakang Indonesia dan juara bertahan Vietnam.
Malaysia yang melalui tempoh persiapan singkat dan mencabar terutama dari aspek ketersediaan pemain, memulakan kempen dengan cemerlang apabila membenam Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, namun tewas di tangan juara bertahan Vietnam 0-3 dan Indonesia 1-4.
Skuad The Rhinos akan melaksanakan sesi latihan secara berperingkat bagi menyesuaikan peranan serta menyusun semula posisi dan keserasian semua pemain.
"Dalam minggu pertama tidak banyak yang kita akan lakukan kecuali mendapatkan balik rentak agar semua pemain dapat bersama-sama bukan sahaja di dalam padang tetapi juga di luar padang," katanya.
Sementara itu, Sabah FC menerusi kenyataan berasingan mengesahkan tonggak pertahanan Park Tae Su dari Korea Selatan akan bersama pasukan itu untuk musim keempat.
"Park Tae Su akan terus bersama Sabah FC untuk musim 2022. Pemain utiliti yang berasal dari Incheon ini telah menandatangani kontrak penyambungan bersama Sabah FC selama setahun," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
Ong Kim Swee berkata, pihaknya yakin dengan kehadiran tiga pemain itu nanti akan memperkukuh kekuatan Sabah FC. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
Terima kasih, selamat maju jaya Datuk Ong Kim Swee - Sabah FC
Sabah FC memaklumkan bahawa pihak pengurusan telah menerima permohonan daripada Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, untuk tidak menyambung kontraknya.
Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025
Kontrak Kim Swee pada asalnya bakal berakhir pada 30 Nov ini, namun kini disambung hingga April tahun depan.
Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.
Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0
Ong Kim Swee puji disiplin oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Penang FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.
Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee
Ketumpulan penyudah yang dialami Sabah FC sebelum ini menghalang Sabah FC daripada memperoleh keputusan positif dalam beberapa perlawanan.
Liga Super: Sabah berdepan kunjungan Selangor tanpa empat tonggak
Kapten pasukan Park Taesu bersama Gabriel Peres, Miguel Cifuentes, dan pemain kebangsaan Stuart Wilkin masih dalam senarai kecederaan.
Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC angkat kaki tidak benar - Kim Swee
Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC yang bakal meninggalkan skuad berkenaan adalah tidak benar, kata Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee.
Sabah FC kehilangan dua tonggak utama menentang JDT Sabtu ini
Sabah FC kehilangan khidmat dua tonggak utama, Saddil Ramdani dan Darren Lok menjelang aksi pertemuan Liga Super menentang JDT di Stadium Likas esok.
Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee
Sabah FC tekad untuk bangkit daripada ketinggalan empat jaringan apabila melayan Terengganu FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas di sini Sabtu ini.
Piala FA: Kim Swee mahu Sabah FC bawa bekalan gol selesa
Datuk Ong Kim Swee mahu Sabah FC membawa balik bekalan gol selesa pada perlawanan pertama suku akhir Piala FA.