Tiga pelumba Terengganu Polygon sapu bersih GP Gundogmus

Bernama
Mac 20, 2022 07:00 MYT
Pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) mengambil bahagian pada 'Tour Gateh D'Tranung' pada majlis memperkenalkan pelumba dan penaja di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, 20 Mac 2022. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga pelumba Terengganu Polygon Cycling Team mempamerkan kayuhan sensasi selepas masing-masing meraih kedudukan podium pada saingan Grand Prix (GP) Gundogmus di Turki, pada Ahad.
Dalam perlumbaan sejauh 107 kilometer (km) itu, pelumba dari Ukraine, Anatoliy Budiak muncul juara selepas menamatkan kayuhan dengan catatan masa dua jam 38 minit 29 saat (s).
Rakan sepasukannya Metkel Eyob dari Eritrea pula berada di tempat kedua dipisahkan lima saat dengan Anatolli.
Sementara tempat ketiga diraih Jambaljamts Sainbayar dari Mongolia yang menamatkan kayuhan dengan catatan masa 2:38:51s.
-- BERNAMA
#Terengganu Polygon Cycling Team #basikal #GP Gundogmus #pelumba basikal
;