Tiga pelajar lemas ketika mandi air terjun di hutan rekreasi

Vivi Sumanti
September 8, 2017 04:11 MYT
Tiga pelajar Politeknik Jeli lemas ketika mandi di Air Terjun Hutan Rekreasi Latar Janggut, di sini, pagi tadi. -Gambar hiasan
Tiga pelajar Politeknik Jeli lemas ketika mandi di Air Terjun Hutan Rekreasi Latar Janggut, di sini, pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Sharil Mohd Saaid, kesemua mangsa telah ditemukan sekitar jam 11 pagi tadi.
Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhd Farid Rozi, 19 tahun, dari Kota Baharu; Putra Izzat Iskandar, 19, dari Rambai, Melaka; dan Muhammad Ikram Faiz Mohd Faizal, 19, dari Besut, Terengganu.
Mayat Mohd Farid dan Putra Izzat dijumpai orang awam sekitar jam 10.20 pagi, manakala mayat Muhammad Ikram Faiz pula dijumpai pda jam 11.20 pagi
Kesemua mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Jeli untuk proses bedah siasat.
#Air Terjun Hutan Rekreasi Latar Janggut #lemas #Mohd Sharil Mohd Saaid #Muhammad Ikram Faiz #Muhd Farid Rozi #pelajar #Politeknik Jeli #Putra Izzat Iskandar