Tiga pekerja binaan cedera akibat letupan bom lama

Hans Yusoff
Oktober 10, 2017 22:42 MYT
AMAR SINGH: Ia merupakan bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan ia meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.
Tiga pekerja binaan warga Bangladesh parah akibat letupan bom lama di sebuah tapak pembinaan dekat Bandar Malaysia, Jalan Sungai Besi.
Kejadian seiktar jam 5 petang itu menyebabkan dua daripada mangsa putus kaki sementara seorang lagi cedera di tangan serta kaki.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kejadiaan berkenaan dan siasatan awal mendapati bom tersebut merupakan peninggalan ketika zaman Perang Dunia Kedua.
“Ia merupakan bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan ia meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.
Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Seramai 25 pegawai dan anggota bersama lima jentera dari balai bomba dan penyelamat Hang Tuah, Pudu dan Tun Razak dikejarkan ke tempat kejadian.
Sepasukan Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) JBPM juga turut dikejarkan ke lokasi untuk menyiasat punca kejadian.
#bom lama #cedera #meletup #Pekerja #Perang Dunia Kedua #projek MRT #warga asing
;