Tiga pekerja asing maut terhidu gas beracun

Astro Awani
Februari 5, 2015 09:51 MYT
Ketiga-tiga mangsa maut selepas terhidu gas beracun. -Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
Seorang warga Bangladesh dan dua warga India maut selepas terhidu gas beracun dari dalam sebuah kapal tongkang pasir di Kuala Balingian Mukah, Sarawak pada Rabu.
Menurut kenyataan polis, ketiga-tiga mangsa telah diminta untuk menyelenggara bahagian dalam kapal berkenaan yang sudah hampir setahun tidak dibuka di mana udara di dalamnya mungkin telah bertukar menjadi gas beracun.
Pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa, Mohd Abdul Kallam, 43, dari Bangladesh; serta Rama Krisnan, 20; dan Selvi Nikihil, 25, dari India.
Kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk dibedah siasat.
#Bangladesh #bomba #Gas beracun #India #kapal #Kuala Balingian #Mukah #selenggara
;