Tiga pegawai Pusat Zakat Pulau Pinang direman enam hari

Astro Awani
Mei 16, 2017 18:35 MYT
Anggota SPRM membawa tiga lagi pegawai ZPP yang ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan wang dana zakat negeri. -Bernama
Tiga pegawai Pusat Zakat Pulau Pinang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin direman enam hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret L. Umma Devi di Mahkamah Majistret Georgetown pada petang Selasa.
Ketiga-tiga individu berusia di antara 33 dan 49 tahun itu ditahan SPRM di pejabat mereka di Bandar Perda, Bukit Mertajam jam 4.30 petang Isnin.
Mereka direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dan pecah amanah dana Projek Pembangunan Masyarakat membabitkan agensi itu sejak tiga tahun lalu.
Penahanan ke atas mereka dilakukan susulan tangkapan 12 individu termasuk empat pegawai kanan SPRM dan lapan kontraktor pada 9 Mei lalu.
#Mahkamah Majistret Georgetown #Pusat Zakat Pulau Pinang #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #Umma Devi
;