Tiga melecur, kapal angkut minyak petrol terbakar di Paitan, Sabah

Radhi Muslim
Julai 22, 2022 20:08 MYT
Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu, kapal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Paitan ke Pulau Jambongan.
BELURAN: Tiga individu melecur selepas sebuah kapal pengangkut minyak berisi petrol terbakar dalam satu kejadian di Jeti Paitan, dekat Beluran pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu, kapal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Paitan ke Pulau Jambongan.
Setakat ini maklumat mangsa melecur belum diketahui.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Machel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang sebelum mengarahkan tiga anggota dengan sebuah jentera ke lokasi kejadian dengan jarak 173 kilometer
“Setakat jam 7.10 malam, pasukan bomba masih dalam perjalanan ke lokasi berkenaan disebabkan keadaan cuaca dan keadaan jalan raya yang tidak baik.
“Maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa berhubung kejadian terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
#mangsa melecur #Paitan #Kapal angkut petrol terbakar #Edoen Machel
;