KUALA LUMPUR: Kehadiran anggota polis selepas menerima panggilan penduduk di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, di sini membongkar penemuan tiga mayat lelaki di sebuah rumah kedai pada Jumaat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11 malam mengenai satu pergaduhan di rumah terbabit sebelum sepasukan anggota kereta peronda dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, anggota peronda kemudian telah naik ke rumah yang berada di tingkat dua.
"Dua suspek yang terlibat pergaduhan bagaimanapun telah melarikan diri manakala terdapat sepasang suami isteri warga Sri Lanka yang juga penyewa rumah terbabit.
"Pemeriksaan lanjut menemui tiga mayat lelaki warga Sri Lanka berusia lingkungan 20 hingga 30-an di dalam bilik stor dengan keadaaan bertindan antara satu sama lain di mana salah satu mayat itu tidak berpakaian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Sabtu.
Beliau berkata, ketiga-ketiga mayat itu turut diikat oleh suspek selain kepala disarung dengan plastik.
Allaudeen berkata, siasatan awal polis mendapati salah seorang mangsa ialah anak kepada pasangan suami isteri terbabit.
"Soal siasat awal mendapati pasangan terbabit kali terakhir berjumpa anaknya sehari sebelumnya dan hanya menyedari tragedi kematian itu selepas kehadiran anggota polis," ujarnya.
Tambah Allaudeen, siasatan sedang giat dijalankan untuk memburu dua suspek warga Sri Lanka yang terlibat selain mengenal pasti motif kejadian.
"Suspek tidak mempunyai talian kekeluargaan dengan suami isteri itu namun mereka telah berkenalan sejak enam bulan lalu dan suspek telah datang ke rumah mereka dari Klang, Selangor untuk tinggal di rumah terbabit selama dua hari," katanya.
Katanya lagi, polis percaya pembunuhan itu telah dirancang oleh suspek.
"Polis turut merampas pisau disyaki diguna untuk pembunuhan itu. Ketiga-tiga mayat itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
"Pasangan suami isteri itu kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan dan kini direman selama tujuh hari untuk tindakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 23 2023

Allaudeen menunjukkan gambar dua lelaki warga Sri Lanka yang kini giat diburu bagi membantu siasatan kes pembunuhan di sebuah rumah kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Wanita tikam suami berkali-kali hingga mati dituduh Isnin ini
Suspek wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga maut di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang, Isnin depan.

Suami maut ditikam isteri akibat selisih faham
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang, semalam.

Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Shah Alam.

Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.

Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung
Seorang lelaki dan teman wanitanya dihadapkan dituduh membunuh ibu kandungnya, dua minggu lepas.

Tahanan mati di Penjara Taiping: Polis rakam keterangan pegawai penjara, banduan
Polis setakat ini telah merakam keterangan dua pegawai Penjara Taiping serta 80 banduan berkaitan kes seorang banduan meninggal dunia dipercayai dipukul oleh warden penjara berkenaan.

Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.

Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.