Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit tujuh kenderaan di PLUS

Aida Aziz
Januari 5, 2020 21:23 MYT
Operasi menyelamat giat dijalankan di lokasi kejadian termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM Perak
Sekurang-kurangnya tiga maut manakala sembilan cedera dalam satu kemalangan di Km 246.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam tadi.
Kemalangan membabitkan sebuah treler, empat kereta dan dua motosikal yang dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora.
Maklumat awal dari komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.13 malam.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
Operasi menyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan II Abdul Jalil Am.
Trafik dilaporkan sesak sepanjang 11 kilometer.
PLUS Trafik melalui akaun Twitter melaporkan, lorong kiri dan kanan terhalang dan semua kenderaan dilencongkan ke tol Kuala Kangsar.

22:44hrs Awas! Kemalangan KM 246.0 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Terowong menora. Lorong kiri terhalang. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum. @LLMinfotrafik

— plusline1800880000 (@plustrafik) January 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

1:56hrs Status terkini kemalangan maut, kerja pengalihan dan pembersihan kemalangan masih dijalankan. Semua kenderaan masih dilencongkan ke Tol Kuala Kangsar. Trafik masih sesak 8km. Pandu berhati - hati https://t.co/7kulpY8KpS

— plusline1800880000 (@plustrafik) January 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, menurut Bernama yang memetik jurucakap JBPM Perak, setakat tengah malam tadi, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
Operasi menyelamat giat dijalankan di lokasi kejadian termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
#bomba #cedera #JBPM #kemalangan #Kuala Kangsar #mangsa #maut #operasi #Perak #PLUS