Tiga maut selepas kereta bertembung dengan pacuan empat roda
Bernama
September 29, 2019 22:18 MYT
September 29, 2019 22:18 MYT
Tiga kakitangan sekolah agama swasta maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 23, Jalan Nitar-Mersing di sini, pukul 1.40 tengah hari tadi.
Sodiq Abu Bakar, 40, Shamjuddin Romani, 59, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Khairy Abd Jaafar, 37, semasa dalam perjalanan ke Hospital Mersing.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka dalam perjalanan dari Mersing menuju ke Kluang.
"Kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda, yang dipercayai telah memasuki laluan bertentangan.... bagaimanapun, pemandu serta penumpang kenderaan pacuan empat roda hanya hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
#Hospital Mersing
#Jalan Nitar-Mersing
#kereta bertembung dengan pacuan empat roda
#Mohd Khairy Abd Jaafar
#Polis Daerah Mersing
#sekolah agama swasta
#Shamjuddin Romani
#Sodiq Abu Bakar