Tiga maut nahas kereta, treler berhampiran Kuala Kangsar

Sinar Harian
September 14, 2018 23:10 MYT
Nahas kira-kira jam 7.30 petang itu membabitkan sebuah kereta dan treler.
Sekurang-kurangnya tiga maut selepas kereta terperosok di bawah treler di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Stesen penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan di sini, hari ini.
Nahas kira-kira jam 7.30 petang itu membabitkan sebuah kereta dan treler.
Sehingga kini, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar yang diketuai Aziz Md Noor masih menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terbabit.
#berita Malaysia #bomba #dirempuh treler #kemalangan #kereta #Kuala Kangsar #mangsa #maut #Nahas #operasi #Perak #rempuh treler #treler
;