Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu
Ridzal Abdullah
Oktober 6, 2024 07:40 MYT
Oktober 6, 2024 07:40 MYT
LAHAD DATU: Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak manakala dua parah serta lapan lagi cedera ringan dalam satu kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Jalan Felda Sahabat, di sini, petang semalam.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.19 petang.
Kejadian melibatkan pertembungan antara sebuah Nissan Frontier, sebuah Proton Iswara Aeroback dan sebuah motosikal, katanya dalam satu kenyataan.
Dua yang maut ialah kanak-kanak perempuan dan wanita dewasa yang berada di dalam Proton Iswara manakala seorang lagi, penunggang motosikal lelaki dewasa.
Sementara itu, dua yang parah adalah lelaki dan wanita dewasa yang menaiki Proton Iswara.
Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke tempat kejadian.
Empat mangsa dalam Proton Iswara dikeluarkan oleh orang awam dan dua yang parah dihantar ke Klinik Kesihatan Tungku oleh ambulans bagi rawatan lanjut.
Mangsa dari kereta Proton Iswara dan penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi dari Proton Iswara meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik.
Menurut Riki, seramai lapan lagi individu yang berada di image0.jpegimage1.jpegdalam kereta Nissan Frontier iaitu empat lelaki dan wanita dewasa serta tiga kanak-kanak cedera ringan.
Menurutnya, seramai lapan lagi individu yang berada di dalam Nissan Frontier, termasuk tiga kanak-kanak, cedera ringan.
“Kesemuanya dihantar ke klinik sama oleh ambulans dan kenderaan awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
"Dua mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," tambahnya.