Tiga maut ditembak polis di Jalan Beruas-Parit

Astro Awani
Februari 23, 2014 18:02 MYT
Polis Perak menembak mati tiga lelaki, dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembakan di Kampung Buruk Bakul, Jalan Beruas-Parit sekitar jam 5.40 pagi Ahad.
Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkuan 20 dan 30 tahun yang dilihat mencurigakan sebelum itu telah melakukan satu rompakan bersenjata melibatkan sepasang warga emas berusia 63 dan 75 tahun di Kampung Serapoh dekat Parit kira-kira jam 4 pagi pada Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata salah seorang suspek telah bertindak melepaskan dua das tembakan kepada pihak polis yang terkena cermin belakang kereta peronda.
Kejadian berbalas tembakan berlaku dan kesemua suspek maut ditempat kejadian.
Sot: ketua jabatan siasatan jenayah perak / datuk mohd dzuraidi ibrahim
“Penjenayah ini amat ganas sebab di dalam kes-kes pecah rumah yang berlaku di kawasan Manjung, Perak Tengah dia akan menggunakan modus operandi dengan meletakkan senjata di leher-leher mangsa dan sekiranya mereka melawan mereka akan dilakukan dengan ganas dan juga kekerasan. Dalam kes ini kita telah berjaya menyelesaikan 15 kes di sekitar daerah Manjung dan juga di Perak Tengah.” ulas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim.
Pihak polis turut menjumpai sepucuk pistol jenis Smith and Wesson, empat butir peluru hidup, beberapa bilah parang dan pisau, pemotong, serta beberapa lagi alatan mengumpil pintu dalam kenderaan curi yang dipandu mangsa.
Kesemua suspek yang maut kini berada di Unit Forensik Hospital Ipoh bagi proses bedah siasat dan pengecaman identiti.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya telah mengucapkan syabas atas tindakan pantas pasukan Ops Cantas.

Dlm insiden berbalas tembak dgn Team Cantas Khas Perak, di Bruas, Pk pg tadi, 3 penjenayah tumpas, senjatapi dirampas. Syukur Polis selamat.

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 23, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Syabas Team Cantas Khas Pk, yg pantas respond dan berjaya patahkan kegiatan jenayah samun ini. Barang2 mangsa yg disamun dirampas kembali.

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 23, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Beruas #jenayah #Perak
;