Tiga maut dalam kemalangan di Rantau Panjang
Vivi Sumanti
Januari 26, 2019 19:10 MYT
Januari 26, 2019 19:10 MYT
Tiga maut manakala seorang lagi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas berhampiran Lubok Jong di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 2.15 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Zainal Zainuddin, 33 tahun, adiknya Mohd Zakaria Zainuddin, 22 dan Muhammad Syadzaa Mohd Salleh, 23 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohd Piah, mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Mohd Shakirim Hafizi Muhammad Shamsuddin, 22 tahun yang kini mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Menurut Abdullah, kereta jenis Perodua MyVi yang dipandu Mohd Zainal itu sedang dalam perjalanan dari arah Rantau Panjang menuju ke Pasir Mas.
"Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dipandu oleh mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum memasuki ke dalam longkang.
"Ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Kesemua mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan juga anggota badan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
#HUSM
#Jalan Rantau Panjang
#kemalangan
#Lubok Jong
#Mohd Shakirim Hafizi Muhammad Shamsuddin
#Mohd Zainal Zainuddin
#Mohd Zakaria Zainuddin
#Muhammad Syadzaa Mohd Salleh
#Pasir Mas
#terbabas