Tiga lelaki terselamat, kereta terbakar 80 peratus

Abd Razak Mohd Ali
Julai 28, 2021 10:44 MYT
Kebakaran menyebabkan kemusnahan 80 peratus ke atas kereta yang dinaiki tiga lelaki di Jalan Changkat Lada-Pasir Salak, pagi ini. - Foto JBPM Perak
PASIR SALAK: Tiga lelaki terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar dalam kejadian di Jalan Changkat Lada - Pasir Salak, dekat sini, hari ini.
Kesemua mereka sempat keluar daripada kereta jenis Perodua Kancil itu dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.50 pagi.
“Anggota membuat pemadaman menggunakan dua aliran hos bagi mengawal dan memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, kebakaran menyebabkan kemusnahan 80 peratus kereta dan punca kebakaran masih disiasat.
#JBPM #bomba #kereta terbakar #selamat #Pasir Salak
;