Tiga lelaki Islam antara 30 ditahan dalam operasi di premis urut

Astro Awani
Jun 10, 2017 10:29 MYT
Tiga pelanggan lelaki beragama Islam antara 30 yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Pasukan Imigresen dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sekitar ibu negara, Jumaat malam. -Astro AWANI
Tiga pelanggan lelaki beragama Islam antara 30 yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Pasukan Imigresen dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sekitar ibu negara, Jumaat malam.
Operasi yang dijalankan Imigresen Putrajaya dan 20 penguatkuasa JAWI itu mensasarkan pengunjung Islam yang berkunjung ke tempat-tempat maksiat.
Serbuan serentak dijalankan di empat premis urut di Jalan Klang Lama selepas menerima aduan daripada orang awam.
Biarpun tawaran hanya mengurut kaki sahaja, premis terbabit turut menawarkan khidmat seks.
Seramai 23 wanita yang bekerja sebagai tukang urut ditahan, manakala empat penjaga ditahan bagi membantu siasatan.
Wanita warga asing dari negara China, Vietnam dan Filipina itu ditahan mengikut Akta Imigresen.
#Imigresen #Islam #JAWI #premis urut #tukang urut #Vietnam #warga asing
;