Tiga suspek ditahan susulan penemuan mayat lelaki di kawasan hutan berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bintang Hijau, Jalan Kupang di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, penahanan ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan dalam kes tersebut.
Jelasnya, kes siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Khamis lalu, mayat mangsa, Mohamad Haniff Mat Zabidi, 24 tahun, ditemui orang awam sekitar jam 4 petang dalam operasi mencari dan menyelemat yang dilancarkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Ahad lepas.
“Mayat mangsa ditemui oleh orang ramai yang mencarinya dan mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi lanjutan proses bedah siasat,” kata Ismail ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelasnya lagi, polis sebelum ini dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa mangsa telah pergi ke hutan berhampiran untuk memburu namun tidak balik sejak Ahad.
Dalam pada itu, abang mangsa, Mohd Hazwan, 29 tahun, memberitahu aktiviti memikat burung merupakan hobi kegemaran adiknya dan ini bukan kali pertama mangsa pergi ke hutan berhampiran untuk tujuan itu.
“Saya tidak tahu mengenai kejadian adik saya hilang sejak Ahad lepas, sehinggalah saya pulang ke rumah di Kampung Charok Kapas, Baling bagi menguruskan jenazah ibu tiri yang meninggal pada Rabu lepas," katanya.
Menurut Hazwan lagi, motosikal adiknya turut ditemui dalam lokasi agak jauh dari lokasi mayat ditemui.
“Rasanya, adik saya meninggalkan motor miliknya di situ dan masuk ke hutan dengan berjalan kaki untuk memikat burung malah sehingga sekarang, kami sekeluarga tidak mengetahui sama ada dia masuk ke hutan itu berkumpulan atau berseorangan kerana dia tidak memaklumkannya sebelum masuk,” ujarnya lagi.
Jenazah mangsa yang merupakan anak kelima daripada enam beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Charok Kapas di Baling selepas solat Asar.
Menurut sumber, bedah siasat yang dijalankan menemui kesan tembakan di bahagian kepala mangsa.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Feb 24 2018
![Tiga lelaki ditahan, jumpa mayat lelaki dengan kesan tembakan Tiga lelaki ditahan, jumpa mayat lelaki dengan kesan tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435017728_Gari.jpg)
Kesemua suspek ditahan bagi membantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715993230_tbdeathofmigrant.jpg)
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
![Lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh Lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708773776_TBgarisanpolis.jpg)
Lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh
Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam semak berdekatan pondok bas di tepi jalan KM 10 Jalan Seremban-Port Dickson semalam.
![Wanita terkejut nampak mayat lelaki terapung dalam sungai Wanita terkejut nampak mayat lelaki terapung dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711750111_TBmayat.jpg)
Wanita terkejut nampak mayat lelaki terapung dalam sungai
Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa.
![Disangka bau bangkai tikus, rupanya mayat Disangka bau bangkai tikus, rupanya mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708496120_mayat.jpg)
Disangka bau bangkai tikus, rupanya mayat
Misteri bau busuk yang menyelubungi penduduk di Taman Permint Perdana, Seberang Takir akhirnya terjawab selepas penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring.
![Mayat lelaki alami masalah mental ditemukan tepi longkang Mayat lelaki alami masalah mental ditemukan tepi longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696387369_Mayat.jpg)
Mayat lelaki alami masalah mental ditemukan tepi longkang
Siasatan awal mendapati si mati merupakan lelaki warga tempatan berusia 63 tahun dan mempunyai masalah mental.
![Mayat lelaki tertiarap dalam longkang ditemukan di Nilai Mayat lelaki tertiarap dalam longkang ditemukan di Nilai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689152395_garisanpolis.jpg)
Mayat lelaki tertiarap dalam longkang ditemukan di Nilai
Siasatan awal mendapati mayat itu adalah lelaki berumur 27 tahun ditemui orang awam bersama sebuah motosikal jenis Yamaha SRE-K.
![Mayat lelaki ditemukan lemas dalam Sungai Tambun Tulang Mayat lelaki ditemukan lemas dalam Sungai Tambun Tulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677399344_Matilemassungait.jpg)
Mayat lelaki ditemukan lemas dalam Sungai Tambun Tulang
Siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan sehingga terbabas lalu terjunam ke dalam sungai.
![Mayat lelaki ditemukan dengan tangan, kaki berikat - Polis Mayat lelaki ditemukan dengan tangan, kaki berikat - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672412065_KetuaPolisDaerahG.jpg)
Mayat lelaki ditemukan dengan tangan, kaki berikat - Polis
Satu mayat lelaki warga tempatan ditemukan dalam keadaan tangan dan kakinya berikat di tepi Jalan Bestari Jaya - Rawang menghala ke Bestari Jaya, hari ini.
![Penjual buah ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk Penjual buah ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669066958_Wanitawargaasing.jpg)
Penjual buah ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk
Terdapat juga seorang wanita di dalam rumah itu dalam keadaan kesedihan dan panik.
![Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan di Sg Bidut Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan di Sg Bidut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663088329_mayat.jpg)
Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan di Sg Bidut
Mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri ditemukan oleh orang ramai di tepi Jalan Tanjung Maling, Sungai Bidut hari ini.