Tiga lagi kluster pendidikan di Kedah babit 115 kes

Adie Sufian Zulkefli
Januari 25, 2022 23:48 MYT
Dr Othman Warijo berkata semua kluster itu dikesan pada Isnin, menjadikan keseluruhan kluster pendidikan di negeri ini sebanyak 11. - Gambar hiasan/ Bernama
ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah merekodkan tiga lagi kluster pendidikan baharu di negeri ini dengan 115 kes positif COVID-19 pada Selasa.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Dr Othman Warijo berkata semua kluster itu dikesan pada Isnin, menjadikan keseluruhan kluster pendidikan di negeri ini sebanyak 11.
Katanya, sebanyak 40 kes positif COVID-19 dikesan membabitkan pelajar Kolej Vokasional Kulim yang diisytiharkan sebagai Kluster Dah Bunga Junjong.
"Selain itu, kita kesan Kluster Dah Jalan Stadium di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mohamed Al-Bukhary yang mana 56 kes COVID-19 dilaporkan.
"Satu lagi kluster adalah Kluster Dah Batu 16 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya), Yan yang merekodkan 19 kes,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
#Kedah #COVID-19 #Kluster Pendidikan #pelajar
;