Tiga lagi kawasan dikenakan PKPD, berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
Februari 26, 2021 19:17 MYT
Op BENTENG yang dijalankan pada Khamis telah menangkap 36 PATI, merampas 4 buah bot/kapal dan 5 kenderaan darat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di Sabah dan satu di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Selain itu, kerajaan juga melanjutkan PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) dan Kuarters Kakitangan Batu Gajah, Kinta, Perak bermula 28 Februari sehingga 13 Mac nanti.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 26 Feb.
1) 326 individu ditahan ingkar SOP, 320 dikompaun, 6 direman.
2) Op BENTENG tangkap 36 PATI, rampas 4 buah bot/kapal, 5 kenderaan darat.
3) 470 Sekatan Jalan Raya dilaksanakan dalam Op BENTENG
4) 15,409 warga asing jalani ujian saringan COVID-19, 19 positif.
5) Anggota Penguatkuasa CIDB lakukan 41 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara.
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan #PKPD #Pusat Pemulihan Akhlak PPA dan Kuarters Kakitangan Batu Gajah #ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #ujian saringan #COVID-19
;