Tiga kawasan di Semenanjung, 8 di Sarawak catat cuaca panas tahap satu

Astro Awani
Julai 29, 2024 10:24 MYT
Setakat pagi Isnin, tiga kawasan di Semenanjung adalah Larut Matang di Perak, Kuala Muda di Kedah, serta Kuala Krai di Kelantan.
KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di Semenanjung telah direkodkan mencapai cuaca panas tahap satu, dan memerlukan perhatian masyarakat untuk berjaga-jaga.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran Facebook memaklumkan setakat pagi Isnin, tiga kawasan itu adalah Larut Matang di Perak, Kuala Muda di Kedah, serta Kuala Krai di Kelantan.
Sementara itu di Sarawak pula lapan kawasan telah mencapai tahap satu iaitu Kuching, Sri Aman, Lubok Antu, Kapit, Sibu, Miri, Telang Usan dan Marudi, selain satu kawasan di Sabah iaitu Beaufort.
Tahap berjaga-jaga merupakan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk kepada laman web rasmi MET Malaysia.
#cuaca panas #MetMalaysia #Sarawak #Larut Matang