SHAH ALAM: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan di Sarawak menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 11 pagi pada Isnin.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Sri Aman adalah 154, Kuching (128) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (131).

Bacaan IPU di Shah Alam kembali mencatatkan sederhana iaitu 99 termasuk Putrajaya (95), Cheras (98) dan Nilai (94).

Di Semenanjung Malaysia, hanya empat kawasan mencatatkan IPU baik iaitu di Kedah, Kangar (22), Langkawi (20) dan Alor Setar (37) termasuk Kota Bharu, Kelantan (48).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini. - Sinar Harian