Tiga kawasan di Johor catat bacaan IPU tidak sihat
Astro Awani
Oktober 7, 2023 08:10 MYT
Oktober 7, 2023 08:10 MYT
KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.
Setakat jam 6 pagi Sabtu, Larkin mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 153.
Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua lagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah Pasir Gudang (125) dan Batu Pahat (116).
Sementara itu, 55 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala 10 yang lain mencatatkan bacaan IPU yang baik.
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.