Tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS
Abd Razak Mohd Ali
Disember 16, 2020 20:04 MYT
Disember 16, 2020 20:04 MYT
IPOH: Tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua buah lori di Kilometer 272.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat sini, petang Rabu.
Ketiga-tiga kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang wanita dewasa, dipercayai pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan parah.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 3 petang.
“Kedua-dua lori telah bergesel dan berhenti di laluan kecemasan dan kereta tersebut telah melanggar lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut jurucakap itu, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkan mangsa yang maut kepada pihak polis.
Katanya, mangsa yang cedera parah pula telah dihantar ke hospital.
Bagaimanapun, setakat ini butir-butir lanjut mengenai mangsa masih belum diketahui.