Tiga daripada 3,734 kes positif di Sarawak hari ini adalah kategori 5

Syafik Shukri Jalil
September 10, 2021 17:54 MYT
13 daerah di negeri itu mencatatkan kes positif tiga angka dan Kuching mendahului dengan 921 kes. FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga daripada 3,734 kes positif COVID-19 yang direkodkan di Sarawak hari ini adalah daripada pesakit kategori 5.
Manakala lima kes adalah melibatkan kategori 3 dan 4.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 99.79 peratus daripada jumlah keseluruhan merupakan kategori 1 dan 2.
“Sejumlah 2,921 kes atau 78.23 peratus merupakan kategori satu dan 805 kes atau 21.56 peratus merupakan kategori dua.
‘’Kategori tiga melaporkan empat kes atau 0.11 peratus, kategori empat dengan satu kes atau 0.03 peratus manakala tiga kes atau 0.08 peratus kategori lima,’’ kata kenyataan itu.
Selain itu, 13 daerah di negeri itu mencatatkan kes positif tiga angka dan Kuching mendahului dengan 921 kes.
Ia diikuti Serian dengan 359 kes, Sibu (338), Bintulu (218), Samarahan (195), Simunjan (195), Miri (148), Mukah (146), Bau (130), Sri Aman (115), Asajaya (113), Saratok (108) dan Pakan(106).
“Hari ini lima kematian akbat COVID-19 dilaporkan melibatkan pesakit berusia 68 sehingga 93 tahun dan kesemua memiliki ko-morbiditi,’’ tambahnya.
BACA: COVID-19: 21,176 kes baharu direkodkan hari ini, Sarawak kekal penyumbang tertinggi
Sementara itu, 22 lokaliti melibatkan 10 daerah di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Antara daerah terlibat termasuk di Tatau, Pakan, Mukah dan Lubok Antu bermula 9 September sehingga 24 September depan.
COVID-19 | Kes melonjak kepada 21,176, Sarawak kekal tertinggi
Manakala lanjutan PKPD dikenakan di 14 lokaliti melibatkan tujuh daerah termasuk Betong dan Subis bermula 10 September hingga 20 September.
#COVID-19 di Sarawak #kategori COVID-19 di Sarawak #PKPD di Sarawak #kes tertinggi di Sarawak
;