Tiga cedera dalam kebakaran kilang di Iskandar Puteri

Siti Nur Aqilla Omar
Oktober 10, 2024 11:59 MYT
Tangkap layar rakaman kejadian kebakaran kilang di Kawasan Perindustrian SILC yang tular di media sosial. -Video tular
ISKANDAR PUTERI: Tiga warganegara asing, dipercayai pekerja kilang, cedera dalam kejadian kebakaran membabitkan tiga unit kilang, di Kawasan Perindustrian SILC di Iskandar Puteri, Johor.

Ringkasan AI
  • Tiga unit kilang terbakar di Kawasan Perindustrian SILC, Iskandar Puteri, Johor, dipercayai disebabkan oleh bahan kimia seperti thinner.
  • Tiga warganegara asing yang dipercayai pekerja kilang cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.
  • Penduduk setempat diminta menjauhi lokasi kejadian atas faktor keselamatan, dan pihak bomba mengesahkan salah satu kilang menyimpan bahan kimia yang menyebabkan letupan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M.Kumarasan berkata, tiga lelaki terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.
"Hasil pemantauan kejadian berlaku jam 11.30 pagi tadi, dipercayai kilang ada menyimpan bahan kimia disyaki thinner yang mengakibatkan kebakaran besar.
"Hasil maklumat pertama, tiga lelaki warga asing cedera dan dikejarkan ke HSA, manakala enam lagi selamat, tiada yang cedera," kata Kumarasan.
Tiga cedera kilang terbakar di kawasan perindustrian SILC
Beliau berkata demikian ketika melawat lokasi kejadian di Kawasan Perindustrian SILC Iskandar Puteri, di sini.
Pada masa sama, Kumarasan memohon penduduk setempat agar tidak berada berdekatan lokasi atas faktor keselamatan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Mohd Faiz Suleiman berkata, satu daripada kilang itu dipercayai menyimpan bahan kimia menyebabkan berlakunya letupan.
Katanya, terdapat tiga unit kilang yang terbakar, dengan salah satunya ada penyimpanan bahan kimia termasuk 'thinner'.
#kebakaran kilang #Kawasan Perindustrian SILC #Letupan bahan kimia #Hospital Sultanah Aminah
;