Tiga buah rumah setinggan di Pudu hangus diljilat api
Fareez Azman
Januari 21, 2020 18:52 MYT
Januari 21, 2020 18:52 MYT
Tiga buah rumah setinggan hangus dijilat api di Jalan Pudu Lama di Ibu Negara pada Selasa.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 4.45 petang.
Seramai 37 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, Pudu dan Titiwangsa dikerahkan ke lokasi kejadian.
Api yang marak akhirnya berjaya dipadamkan sejam kemudian.
Dua buah kenderan jenis Honda City dan Perodua Bezza yang diletakkan berhampiran rumah itu turut terbakar hampir 15 peratus.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
#BBP Hang Tuah
#BBP Pudu
#BBP Titiwangsa
#bomba
#Honda
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#Kuala Lumpur
#padam
#Perodua
#setinggan
#terbakar