Tiga beranak maut dalam nahas jalan raya di Pontian

Astro Awani
April 22, 2014 13:50 MYT
Tiga maut dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Pontian Besar, Parit Sikom, Johor pada Isnin sekitar jam 10.45 malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Zahaliman Jamim, sebuah kereta Perodua Kelisa dari arah Pontian menuju je Parit Sikom telah masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Nissan Serena.
“Pemandu Perdoua Kelisa itu serta dua orang anaknya maut di tempat kejadian selepas sebuah kereta Perodua Viva dari arah Pontian menggesel bahagian belakang Perodua Kelisa tersebut,” kata Zahaliman.
Zahaliman berkata, jalan raya berkabus tebal ketika kejadian berlaku.
Ketiga-tiga jenazah kini berada di Hospital Pontian untuk dibedah siasat manakala ketiga-tiga kereta yang terlibat dalam nahas ini masih lagi di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk pemeriksaan oleh PUSPAKOM.
“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu kereta Nissan Serena itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Perodua Viva tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan," tambah Zahaliman.
#Jalan Pontian Besar #jalan raya #Johor #kemalangan #polis #tiga maut #Zahaliman Jamim
;