Tiga anak burung hupo terbang meninggalkan sarang
Bernama
Julai 21, 2021 17:10 MYT
Julai 21, 2021 17:10 MYT
TAIPING: Tiga ekor anak burung hupo atau nama saintifiknya Upupa epops longirostris, yang sebelum ini tular kerana spesies burung hijrah yang jarang ditemui di negara ini, telah terbang meninggalkan sarang di Taman Tasik Taiping sejak Ahad.
Beliau berkata tiga ekor lagi anak burung itu telah menetas dan terbang meninggalkan sarang pada Mei lalu.
"Saya percaya spesies burung hijrah berkenaan yang kini jumlahnya lapan ekor masih berada di kawasan ini dan belum kembali ke habitat asal," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kevin berkata, spesies burung hijrah itu yang berasal dari kawasan Afro-Eurosia iaitu sekitar Eropah, Afrika dan Asia adalah antara spesies yang berjaya membiak di negara ini.
Pada April lalu pasangan burung jantan dan betina itu pertama kali dikesan membuat sarang di pohon tersebut untuk bertelur dan sejak itu telah mendapat perhatian dalam kalangan pengunjung untuk melihat burung tersebut.
-- BERNAMA