Tidak wujud dakwaan perhimpunan solidariti - Polis

Astro Awani
Mei 15, 2021 11:17 MYT
PDRM menafikan dakwaan tular perhimpunan solidariti di Jalan Parit Botak, Batu Pahat, semalam.
BATU PAHAT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan tular di satu akaun Twitter kononnya satu perhimpunan solidariti diadakan di Jalan Parit Botak, Batu Pahat, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata pemantauan sepanjang hari di lokasi berkenaan telah dibuat pada Jumaat dan didapati tidak wujud perhimpunan solidariti sepertimana didakwa.
Katanya, pemilik akaun Twitter terbabit mendakwa perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti terhadap tangkapan dalam kejadian menaikkan kain rentang dan pembakaran suar di Parit Raja pada Khamis.
“Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan sekumpulan pemuda bermotosikal berkumpul di sebuah stesen minyak.
“Semakan mendapati rakaman video tersebut dirakam pada 13 Mei lalu pada jam 5 hingga 7 petang sebelum tangkapan ke atas mereka yang dipercayai terlibat dibuat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=1587380911467061&id=257418054463360"><
Justeru, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman orang awam dan polis masih menjalankan siasatan.
#perhimpunan solidariti #Polis Batu Pahat #Jalan Parit Botak #Ismail Dollah #pembakaran suar #Parit Raja #pemuda bermotosikal #gugat ketenteraman #spekulasi
;