Tidak semua peruntukan Statut Rom akan dilaksanakan - Tun M

Azyyati Ahmad
Mac 24, 2019 18:31 MYT
Dr Mahathir menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran Kempen Sayangi Sawitku di Ladang Sime Darby Plantation, Pulau Carey hari ini. - BERNAMA
Tidak semua peruntukan di bawah Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan dilaksanakan di negara ini, sekiranya kerajaan bersetuju untuk meratifikasi perjanjian itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, kerajaan hanya akan melihat kandungan perjanjian itu, dan memilih perkara yang baik dan boleh diterima masyarakat umum di negara ini.
"Kita mahu meratifikasi (Statut Rom) tetapi ia bergantung kepada keadaan di negara ini. Ada beberapa perkara yang mereka mahu di bawah Statut Rom yang kita tidak boleh laksanakan.
"Sebagai contoh Statut Rom memberi kebebasan mutlak kepada semua orang untuk melakukan semua benda. Kini ada lelaki berkahwin dengan lelaki, perempuan berkahwin dengan perempuan, dan saya sendiri tak tahu apa yang mereka lakukan selepas berkahwin.
"Mereka ini orang yang pelik dan kita tidak mahu jadi pelik seperti mereka. Itu kita tidak boleh terima. Kita hanya mahu lakukan perkara yang baik-baik sahaja," katanya lagi.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj baru-baru ini supaya kerajaan tidak terus mengikut apa jua konvensyen antarabangsa hanya untuk mendapatkan pengiktirafan dari luar.
BACA: ICERD, Statut Rom bercanggah dengan Perlembagaan - Sultan Johor
BACA: Statut Rom: Kedudukan, kekebalan Seri Paduka terpelihara - Saifuddin
BACA: Statut Rom: Kerajaan tidak melemahkan Majlis Raja-Raja - Khairuddin
BACA: Keputusan sertai Statut Rom tidak jejas kedudukan Agong - Wisma Putra
BACA: Malaysia terima Statut Rom ICC
#ICC #International Court of Justice #Mahathir Mohamad #Mahkamah Jenayah Antarabangsa #Statut Rom #Sultan Ibrahim
;