KUCHING: Tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi melihat isu banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata sebaliknya, perkara lebih penting adalah melihat aspek penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
Katanya RCI juga tidak mempunyai kuasa tertentu tetapi hanya mampu mengemukakan cadangan untuk pertimbangan kerajaan.
"RCI tiada kuasa menangkap (pesalah) tetapi hanya buat cadangan dan siasatan mereka biasanya akan memakan masa enam ke tujuh bulan untuk kemuka rumusan dan laporan yang akan dibentang di Parlimen.
"Akhirnya laporan mereka itu akan kembali ke jemaah Menteri untuk memilih apa daripada cadangan itu yang mahu dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis simbolik penyerahan lembu korban bagi Parlimen Santubong di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Isnin lepas, banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan selain 15 rumah musnah dihanyutkan arus deras.
Wan Junaidi berkata isu utama yang harus dilihat dalam isu banjir di Baling adalah peranan penguat kuasa dalam menjalankan tugas mereka.
"Persoalan kini ialah bagaimana perkara ini boleh berlaku di depan mata kita sendiri, tidak mungkin kita tidak tahu. Di mana letaknya pegawai perhutanan dan pihak penguat kuasa lain. Ini isu bagaimana pihak penguat kuasa menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Jangat ada memihak," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai cadangan agar satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan isu harga barang, Wan Junaidi berkata perkara itu tidak perlu.
Jelasnya ini kerana persidangan Dewan Rakyat sememangnya akan bermula 18 Julai ini dan Ahli Parlimen boleh mengemukakan sebarang usul semasa persidangan itu.
"Satu persidangan khas (Parlimen) juga akan menelan belanja besar di mana setiap ahli Parlimen dan pegawai perlu dipanggil.
"Pada persidangan (18 Julai nanti) Ahli Parlimen boleh bawa usul dan terserah pada Speaker untuk pertimbangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022

Wan Junaidi berkata, perkara lebih penting adalah melihat aspek penguatkuasaan undang-undang sedia ada. - Foto: JPM
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.

Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.

Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.

Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.

Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.

Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.

Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.

Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM

Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.

Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.