Tidak perlu merayu, tidak perlu malu, rakyat Malaysia lancar #KempenBenderaPutih

Asyraf Roslan
Jun 28, 2021 07:29 MYT
Kebanyakan yang menyertai kempen menyatakan, rakyat yang susah tidak perlu berasa malu dan perlu elak daripada melakukan perkara yang boleh merugikan diri sendiri dan keluarga. - Foto Twitter @saidussyahiran_
KUALA LUMPUR: PADA saat ini, semua rakyat Malaysia berada di dalam keadaan yang tertekan.
Ada yang kehilangan sumber pendapatan, tidak kurang juga yang terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan pada saat getir ini.
Realitinya sekarang, kita dapat lihat, yang senang menjadi susah dan susah makin merana, dek kerana wabak COVID-19 yang mula menular di negara ini awal tahun lalu.
Kita sedar tidak ramai yang berani tampil ke hadapan dan mengaku mereka kini dalam keadaan yang susah, membuatkan mereka memilih untuk mendiamkan diri.
Terkini, rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #KempenBenderaPutih yang meminta orang ramai yang dalam kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.
Daripada gambar yang dikongsi, kebanyakan mereka menyatakan, rakyat yang susah tidak perlu berasa malu dan perlu elak daripada melakukan perkara yang boleh merugikan diri sendiri dan keluarga.
Antara pengguna Twitter, @saidussyahiran_ berkata, dia menyokong penuh kempen ini kerana ia merupakan satu inisiatif yang sangat baik buat mereka yang dalam kesusahan.

Saya Sokong #KEMPENBENDERAPUTIH inisiatif kecil ini mungkin dapat membantu mereka yg betul2 terkesan dengan pelaksanaan PKP oleh #kerajaan ketika ini jgn berdiam, naikkan shj bendera putih di depan rumah, kita semua akan faham jika semua memainkan peranan #RakyatJagaRakyat pic.twitter.com/uDH5Cs30pe

— (@saidussyahiran_) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini antara respon lain pengguna sosial media berkenaan #KempenBenderaPutih

Kibar bendera putih jika anda perlukan bantuan especially food. Jgn malu!#kempenbenderaputih #bunuhdiri #spreadloVE pic.twitter.com/gvI3Ex3i96

— _VEofficial (@_VEofficial) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#KEMPENBENDERAPUTIH Kalian jika benar benar memerlukan, jika takut atau malu meminta (tidak semua memahami / mengerti) gunalah peluang ini. Naikkan bendera putih begini di hadapan rumah, moga moga lebih ramai prihatin. pic.twitter.com/lSv7vvjALE

— deebulaneqa (@deebulaneqa) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sekarang ni rakyat tengah adakan kempen kibar bendera putih bagi isi rumah yang tengah sempit, sesak dan kekurangan keperluan asasi. So jom cakna. Kalau ada nampak bendera/kain putih berkibar, kita tolong dia apa yang patut.#RakyatJagaRakyat #KempenBenderaPutih pic.twitter.com/fbs6ZFlbRT

— misyu (@amisyuuuu98) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

KAMI SOKONG #KEMPENBENDERAPUTIH Kalian jika benar benar memerlukan, jika takut atau malu meminta (tidak semua memahami / mengerti) gunalah peluang ini. Naikkan bendera putih begini di hadapan rumah, moga moga lebih ramai prihatin. pic.twitter.com/2TciPezuHL

— Proton Supernau Motors 4S - Bintulu (@ProtonSupernau) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#kempenbenderaputih #KitaJagaKita #janganbunuhdiri kibarkan benda putih jika memerlukan bantuan! jangan ambil tindakan yang merugikan. jiran yang nampak jom tolong sorang sikit pic.twitter.com/Q74Viv2cXU

— kdee (@liyodraa) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Warganet memohon kepada jiran tetangga yang melihat bendera putih ini agar membantu mereka sebaik mungkin.
Tidak ketinggalan, pengacara terkenal Malaysia, Datuk Aznil Nawawi juga menyokong kempen ini dengan memuat naik status #KempenBenderaPutih di laman Twitternya.

Jangan Malu pic.twitter.com/4jveOmQ8S5

— Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawiHM) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil turut menyatakan langkah ini adalah yang terbaik untuk memberitahu wakil rakyat di kawasan masing-masing supaya datang menghulurkan bantuan.

Setuju??? pic.twitter.com/V7Pe10KplX

— Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawiHM) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kepada anda di luar sana, pada saat getir ini, jangan lakukan perkara-perkara yang tidak membawa manfaat malah merugikan atau memudaratkan diri dan keluarga anda.
Ingatlah, ini bukan pengakhiran, jangan pernah mengalah.
Masih ada yang akan membantu anda, percayalah.
Pada 28 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 menerusi Pakej PEMULIH kepada semua Ahli Parlimen untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan.
BACA: PEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM
Jelas beliau, ia bagi memberi lebih banyak bantuan dihulurkan kepada golongan terjejas menerusi wakil rakyat di kawasan masing-masing.
Turut diumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi tujuan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.
Pengumuman Khas Pakej PEMULIH oleh Perdana Menteri | 28 Jun 2021
#Kempen Bendera Putih #rakyat Malaysia #Pelaksanaan PKP #PKP
;