KUALA LUMPUR: Tidak ada rundingan perlu dilaksanakan lagi dalam isu spesifik berkaitan perundangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Azwan Marjan.
Sebaliknya, tegas Azwan, perkara berkenaan perlu dilaksanakan serta-merta dan ia kemahuan anak muda Sabah dan Sarawak sejak dahulu.
"Mana mungkin Sabah dan Sarawak disamakan dengan negeri Perlis, Melaka. Sudah tentu kita mahukan dana yang besar diperuntukkan seperti negeri di semenanjung kepada Sabah dan Sarawak, tidak lagi seperti hari ini, kita terpaksa meminta belas kasihan, merayu, meminta belas ihsan kepada Kerajaan Persekutuan, kementerian-kementerian yang ada di Putrajaya untuk memohon peruntukan bagi melaksanakan apa-apa program ataupun projek besar dan pembangunan di Sabah.
"Sekarang ini, pemimpin di sini terpaksa merayu di sana, kita mahukan biarlah dana yang besar akan diperuntukkan ke kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.
"Sudah tentu akan disalurkan ke kementerian yang ada di Sabah, di Sabah dan Sarawak juga ada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ada Kementerian Belia dan Sukan, semua ada, jadi bagi saya tidak ada lagi jurang dari segi penyaluran dana," katanya dalam sidang video pada Jumaat.
BACA: Tiga jawatankuasa kerja majlis khas MA63 bentang laporan minggu depan - Muhyiddin
BACA: Hajiji optimis tuntutan MA63 capai keputusan positif
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan serta cadangan berhubung penyelesaian isu spesifik berkaitan perundangan MA63 akan dibentangkan pada Mesyuarat Khas MA63.
Jelasnya, laporan akan dibentangkan oleh tiga jawatankuasa kerja yang baru diwujudkan iaitu Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak dan Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi.
Dalam pada itu katanya, MA63 seharusnya memberi tumpuan kepada penambahan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen.
Selain itu ia perlu mengutamakan konteks perundangan termasuk pengurusan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadi masalah di negeri itu sejak sekian lama.
Dalam pada itu, Naib Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Hilmie Milus berharap, tindakan tuntas perlu digerakkan selepas isu spesifik berkaitan perundangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dibentangkan.
Tegasnya, ia termasuk keutamaan dalam isu jalan raya, kemiskinan, kesihatan dan pendidikan.
"Jadi kita harapkan, selepas Perlembagaan itu dipinda, dilaksanakan, dikeluarkan dan diisytiharkan dalam peruntukan tertentu oleh Perdana Menteri dan dipastikan agar pelaksanaan penyelesaian masalah itu terus berjalan, tidak sangkut sana-sini, di peringkat pegawai atau kementerian, tetapi nampak perjalanan itu.
"Selepas laporan, ada peruntukan, kemudian tindakan dan ada tempoh sebab kami perlukan perubahan itu secepat mungkin terutama jalan raya, kemiskinan, kesihatan dan pendidikan," katanya.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini dilaporkan optimis dan yakin tuntutan MA63 akan mendapat keputusan positif.
Menurutnya, beliau juga ada cara tersendiri dalam mencapai dan menyampaikan perkara berkenaan.
Astro Awani
Fri Apr 09 2021
Jelas Azwan, perkara berkenaan perlu dilaksanakan serta merta dan ia kemahuan anak muda Sabah dan Sarawak sejak dahulu. - Google map
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
Menteri ada bidang kuasa lantik, tamat perkhidmatan Ketua Pengarah Tourism - KSN
Mohd Zuki berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).
Fadhlina, Dr Zaliha, Tengku Zafrul ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini hingga 7 Mac.
Rombakan Kabinet: DAP hargai sikap dan kenyataan Sivakumar
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan Sivakumar tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.
Ketirisan dana awam: Tindakan tegas ke atas pegawai, menteri salah guna kuasa - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau menteri yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan ketirisan dana awam.
Polis buru suspek letak senjata depan rumah Menteri Kehakiman Korea Selatan
Suspek disyaki menggunakan tangga dan laluan yang tidak dapat dilihat oleh CCTV untuk memasuki kawasan rumah menteri itu.
Pesawat terhempas Elmina: Menteri, timbalan menteri, MB zahir takziah kepada keluarga mangsa
Menteri, timbalan menteri dan menteri besar hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina.
Tiada menteri Kerajaan Perpaduan menyalahi tata kelola, tadbir urus
"Belum ada kes menteri yang amalkan gelojoh nafsu serakah yang lama untuk menyakau mana-mana kontrak (kerajaan)."
Jemaah B40, M40, T20... ini cara Tabung Haji kenal pasti - Menteri
Bakal jemaah haji dalam kategori B40 dan M40 dikenal pasti melalui senarai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).