Tidak perlu husnuzon, lapor terus ke SPRM - Syed Saddiq
Kohilah Sekaran
Januari 13, 2019 18:27 MYT
Januari 13, 2019 18:27 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap Pakatan Harapan atas insiden perbuatan pemberian wang kepada penduduk Cameron Highlands yang tular di laman sosial pada Ahad.
Menerusi laman Twitter, beliau menyeru orang ramai untuk melaporkan insiden berkenaan kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan tersebut.
“Tidak perlu Husnuzon, lapor terus ke SPRM dan biar mereka siasat. No to money politics!” kata Syed Saddiq menerusi Twitternya.
Beberapa gambar menunjukkan beberapa individu memakai baju dengan logo PH didakwa mengagihkan wang kepada penduduk Cameron Highlands yang dalam tempoh berkempen pilihan raya kecil, tersebar di media sosial sejak pagi tadi.
Susulan itu, ramai menuntut penjelasan daripada pihak Pakatan Harapan atas tindakan itu.
Bagaimanapun, Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH, Arvind Bharet berkata dalam satu kenyataan bahawa wang yang diagihkan dalam gambar yang tular itu adalah wang pembayaran balik penampungan kos petrol kepada sukarelawan-sukarelawan PH yang datang dengan motosikal sendiri dari rumah mereka di kawasan pedalaman ke Tanah Rata pada hari penamaan calon.
#Cameron Highlands
#media sosial
#Orang Asli
#Pakatan Harapan
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#Syed Saddiq
#Twitter