Tidak patuh SOP PKPP: Empat premis diberi amaran
Harits Asyraf Hasnan
Julai 15, 2020 15:26 MYT
Julai 15, 2020 15:26 MYT
Sejumlah empat premis diberi amaran oleh Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan itu adalah hasil pemeriksaan terhadap 1,362 premis seluruh negara semalam.
"Pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga telah melakukan 1,362 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,358 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 4 premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP.
"Dalam tempoh PKPP ini, Kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.
#coronavirus
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#KPDNHEP
#patuh SOP
#penjarakan sosial
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#Premis perniagaan
#SOP