Tidak akan berlaku revolusi jatuhkan Morsi (Video)

Astro Awani
Disember 9, 2012 06:25 MYT
“Tidak akan berlaku revolusi kedua bagi menjatuhkan Mohamad Morsi.”
Ini pendapat geostrategist Universiti Teknologi Malaysia Dr Azmi Hassan mengenai pergolakan politik semasa di Mesir yang melibatkan presiden Mesir itu.
Jelas Dr Azmi pembangkang tidak mempunyai sokongan yang cukup untuk menjayakan sebarang cubaan untuk menguingkan Morsi.
“Ada yang buat analisis akan berlaku satu lagi revolusi besar, tetapi bagi saya perkara ini tidak akan berlaku sebagaimana revolusi menjatuhkan Hosni Mubarak, kerana ketika itu mereka mempunyai objektif yang sama iaitu menjatuhkan Mubarak
“Tetapi kali in adalah sedikit kecil, jadi sokongan rakyat kepada pembangkang tidak seperti sekongan rakyat ketika nak menjatuhkan Mubarak.
Dr Azmi berkata pembangkang yang diketuai Muhammed Elbaradei dan Amr Musa tidak mendapat sokongan besar rakyat.
#Dr Azmi Hassan #Mohamed Morsi