Tidak ada satu pun negara tidak sambut saya - Tun M

Sinar Harian
Mac 28, 2023 13:20 MYT
DR MAHATHIR: Semasa saya Perdana Menteri, banyak melakukan lawatan rasmi tidak ada satu negara pun yang tidak sambut dan saya disambut oleh ketua negara. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau tidak pernah disambut pegawai rendah sesebuah negara dalam kunjungan rasmi sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Malah beliau berkata, tiada negara tidak pernah menyambutnya dalam lawatan rasmi.
"Semasa saya Perdana Menteri, banyak melakukan lawatan rasmi tidak ada satu negara pun yang tidak sambut dan saya disambut oleh ketua negara,” katanya menerusi sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian mengulas kunjungan Anwar ke Arab Saudi, baru-baru ini.
"Tak tahulah kenapa (Anwar tidak disambut), saya pun tak faham Raja Saudi dan Raja Mohamad tidak mahu jumpa dengan Anwar, tetapi mereka mungkin mempunyai satu pandangan yang kita tak tahu yang menyebabkan mereka tidak ingin berjumpa (dengan Anwar).
"Apabila pergi ke sana, yang jumpa dengan Anwar pun pegawai yang berpangkat rendahlah,” katanya.
Sebelum ini, blok pembangkang menuntut Anwar menjawab persoalan berhubung lawatan rasminya ke Arab Saudi.
Ahli Parlimen Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, lawatan rasmi Anwar dianggap gagal dan memalukan negara kerana tidak berjumpa dengan pemimpin tertinggi negara tersebut. -Sinar Harian
#Tun M #Anwar Ibrahim #Arab Saudi #Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal
;