Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar ditahan polis
Aizat Sharif
Mei 23, 2013 13:04 MYT
Mei 23, 2013 13:04 MYT
Polis telah mengesahkan penahanan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis politik Haris Ibrahim dan anak bekas timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 ekoran ucapan mereka pada malam 13 Mei di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.
“Tian Chua ditahan di Terminal Tambang Murah (LCCT), Tamrin ditahan di Bangsar dan Haris ditangkap di Segambut. Mereka telah dibawa ke Balai Polis Jinjang. Kami akan ambil keterangan dari mereka.
“Polis belum membuat keputusan samada untuk mereman atau membebaskan mereka,” kata beliau dalam satu siding media di sini.
Pada awalnya, penangkapan tersebut didedahkan melalui akaun Twitter Tian Chua dan beberapa akaun Twitter yang lain.