Tian Chua dilantik penasihat khas Menteri Kerja Raya

Bernama
Februari 27, 2019 13:39 MYT
Tian Chua dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Kerja Raya, berkuat kuasa 1 Mac ini. - Gambar fail/BERNAMA
Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali Tian Chua dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Kerja Raya, berkuat kuasa 1 Mac ini.
Menterinya, Baru Bian, dalam kenyataan hari ini, berkata Tian Chua memiliki pengalaman luas, berperwatakan dan berprinsip selain aktif dan mempunyai hubungan baik dengan badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara.
Antara anugerah yang pernah diterima beliau adalah Malaysian Human Rights Fellowship daripada Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) pada 1998 dan Anugerah AIF Rose daripada Persekutuan Buruh Kebangsaan Denmark pada 2003 atas usaha memperjuangkan hak pekerja di Malaysia.
-- BERNAMA
#Ahli Parlimen Batu #Chua Tian Chang #dilantik penasihat khas #Menteri Kerja Raya #naib presiden pkr #Penasihat Khas Menteri Kerja Raya #Tian Chua