Tiada warganegara Malaysia terlibat dalam Taufan Nona - Wisma Putra

Bernama
Disember 16, 2015 19:47 MYT
Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang berada di Filipina supaya berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Manila. - Gambar fail
Kementerian Luar mengesahkan tiada warganegara Malaysia terlibat dalam Taufan Nona yang membadai wilayah Samar dan Bicol di Filipina baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang berada di Filipina supaya berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Manila.
"Kementerian akan terus memantau situasi di Filipina dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa," menurutnya.
Taufan Nona yang juga dikenali sebagai Taufan Melor membadai Filipina pada Isnin dengan tiupan angin berkelajuan sehingga 150 ksj berserta hujan lebat yang telah mengakibatkan banjir, tanah runtuh dan ribut petir yang menyebabkan ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahkan.
Untuk maklumat lanjut, Kedutaan Besar Malaysia di Manila boleh dihubungi di talian +632 662 8200/ +632 662 8296/ +639 178 640 761 atau faks +632 662 8202 atau e-mel: mwmanila@kln.gov.my
#Kedutaan Besar Malaysia #Taufan Melor #Taufan Nona #Wiama Putra
;